Monday 11 June 2012

Isteri sebagai tanah yang suci bersih untuk disemai hasil-hasil ekonomi


Kisah Nabi Ismail yang yang ambil dari wikipedia  http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_ Ismail_a.s. juga menunjukkan bahawa isteri itu memang menjadi sumber ekonomi rumahtangga dan ia benar-benar seperti kebun-kebun dan ladang-ladang yang juga difahami sebagai hasil dari ekonominya sendiri.
Kita hayati kisahnya di bawah
Nabi Ibrahim sering berulang-alik mengunjungi anaknya. Pada satu hari, beliau tiba di Makkah dan mengunjungi rumah anaknya.Bagaimanapun, Ismail tiada di rumah ketika itu melainkan isterinya. Isteri Ismail tidak mengenali orang tua itu adalah bapa Ismail.Apabila Nabi Ibrahim bertanya isteri Nabi Ismail mengenai suaminya itu, beliau diberitahu anaknya keluar berburu. Seterusnya Nabi Ibrahim bertanya keadaan mereka berdua. Isterinya berkata: “Kami berada dalam kesempitan.”Nabi Ibrahim berkata: “Apakah kamu mempunyai jamuan, makanan dan minuman?“ Dijawab isteri Ismail: “Aku tidak mempunyainya, malah apa pun tiada.”Kelakukan isteri Nabi Ismail itu tidak manis dipandang Nabi Ibrahim kerana kelihatan tidak reda dengan pemberian Allah dan jemu untuk hidup bersama suaminya. Malah, dia kelihatan bersifat kedekut kerana tidak mengalu-alukan kedatangan tetamu.Akhirnya Nabi Ibrahim berkata kepada isteri anaknya: “Jika suamimu kembali, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya supaya dia menggantikan pintunya.”
Selepas itu Nabi Ibrahim beredar dari situ. Sejurus kemudian, Nabi Ismail pulang ke rumah dengan hati gembira kerana dia menganggap tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaannya di rumah. Nabi Ismail bertanya isterinya: “Apakah ada orang datang menemui kamu?“Isterinya berkata: “Ya, ada orang tua kunjungi kita.” Ismail berkata: “Apakah dia mewasiatkan sesuatu kepadamu?“ Isterinya berkata: “Ya, dia menyuruhku menyampaikan salam kepadamu dan memintaku mengatakan kepadamu supaya menggantikan pintumu.”Ismail berkata: “Dia adalah bapaku. Sesungguhnya dia menyuruhku supaya menceraikanmu, maka kembalilah kepada keluargamu.”Selepas menceraikan isterinya, Nabi Ismail berkahwin lain, kali ini dengan seorang lagi wanita daripada kaum Jurhum. Isteri baru itu mendapat keredaan bapanya kerana pandai menghormati tetamu, tidak menceritakan perkara yang menjatuhkan maruah suami dan bersyukur dengan nikmat Allah. Ismail hidup bersama isteri barunya itu hingga melahirkan beberapa anak.
Nabi Ismail mempunyai 12 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang dikahwinkan dengan anak saudaranya, iaitu Al-’Ish bin Ishak. Daripada keturunan Nabi Ismail lahir Nabi Muhammad s.a.w. Keturunan Nabi Ismail juga mewujudkan bangsa Arab Musta’ribah.

Dari kisah  Nabi Ismail, diketahui bahawa sifat isterinya itu kurang menyenangkan, kerana menceritakan berbagai kesempitan. Dan juga, tidak mempunyai jamuan, makanan dan minuman untuk para tetamu. Ia difahami sebagai tidak menghormati tetamu. Juga jika hukum tarikan, benda yang baik sentiasa menarik satu sama lain, kita tentu akan berfikiran positif, ia akan manarik yang positif. Apabila tidak berfikiran positif, kita akan dapat yang yang negative. Inilah perkara negatif seperti keadaan yang amat-amat kesempitan dan juga ketiadaan makanan seperti yang diceritakan disini. Nabi Ibrahim telah nampak perkara ini yang tidak sepatutnya terjadi lalu memberitahu secara berkias kepada Nabi Ismail supaya menceraikan isterinya.

Sepatutnya benda yang sama akan terjadi kepada isteri yang kedua. Tetapi dengan sifat yang lebih bersyukur terhadap nikmat Allah, dan melayan tetamu, semuanya bertukar menjadi positif. Nabi Ibrahim , menurut ceritanya, gembira dengan isteri kedua Nabi Ismail dan meninggalkan pesan bahawa pintu rumah ini masih kuat dan tidak perlu diganti.yang bermakna isterinya sekarang amat baik dan tidak perlu diceraikan.

Jadi isteri itu penting sebagai tempat untuk kita menyemai kebun-kebun dan ladang-ladang kita. Tidak semestinya kebun dan ladang tetapi hasil ekonomi kita. Saya lebih menggalakkan macam di unit trust ini, suami dan isteri untuk sama-sama buat perniagaan ini. Kita lihat lagi ayat Al-Quran yang lain.
 
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.(Al-Baqarah 2:25

Di dalam ayat surah Al-Baqarah, ayat 25 ini ada mengatakan ‘isteri-isteri yang bersih suci’. Apakah yang dimaksudkan isteri-isteri yang bersih suci itu? Kita telah tahu sungai adalah sesuatu yang memberikan baja pada pokok-pokok dan buah-buahan. Tetapi apakah maksud ‘isteri’ dan ‘yang sentiasa besih suci’? Bukankah isteri kita itu amat bermakna buat kita. Bagi isteri pula, bukankah anda bernilai dalam membuahkan hasil ekonomi?

Kita lihat pula ayat ini. 

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah 2:223)

Itu dia maknaya. Isteri itu diumpamakan sebagai kebun tanaman kamu. Dalam tranlasi ke bahasa Ingeeris kita dapat tahu yang kebun tanaman itu sebenarnya diterjemah sebagai “tilth” yang bermaksud keadaan tanah.. Keadaan tanah yang baik juga memerlukan kepada sungai yang mengalir. Kita kemudiannya boleh menyemai hasil ekonomi kita dan mencorakkan mengikut kehendak kita.

Kita lihat lagi satu ayat Al-Quran berkenaan isteri. 

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.(An-Nisaa' 4:57)

Sekali lagi disebut isteri yang suci bersih. Dan kami masukkan ke tempat teduh yang sentias dinaungi. Bukannkah syurga itu ada terdapat sungai yang mengalir yang membawakan baja? Bukankah isteri-isteri yang suci bersih yang boleh dibuat sebagai ladang dan kebun?

Isteri adalah tanah yang suci bersih untuk kita buat kebun-kebun dan ladang-ladang. Tanah-tanah yang suci pun tidak berguna jika tidak dibaja atau tidak dialirkan sungai. Di sini dialirkan sebuah sungai yang akan memberi baja. Digambarkan di syurga itu berpasangan-pasangan. Bermakna kita tidak boleh buat seorang, tetapi kena buat bersama. Tanah yang suci tidak akan menjadi apa-apa seperti kebun dan ladang jika tidak diuruskan dengan baik. Ia perlukan pengurus. Seorang pengurus tidak boleh buat sesuatu berkenaan ekonomi tanpa adanya tanah sebagai sumber.

Saya pernah menghadiri sebuah kursus yang banyak juga menceritakan isteri ini adalah seorang yang kita kena jaga baik-baik dengan penuh kasih sayang.. Dalam kursus itu dia mengatakan sekitanya isteri tidak dijaga dengan baik atau kita bermasalah dengan isteri kita, perkara itu dibawa ke pejabat. Di pejabat kita tidak dapat membuat keputusan dengan sebaik mungkin. Diringkaskan cerita,  activiti ekonomi kita terjejas teruk apabila sentiasa bermasalah dengan isteri. Dan ini dibuktikan sebagai benar.

Dari seorang rakan yang mengajak saya ke kursus tersebut, dia memberitahu saya bahawa dia, tiap-tiap hari pada waktu magrib hingga isyak akan buat panggilan kepada isterinya. Ini dibuat setiap hari. Dan hasil dari itu, dari sdut ekonomi, perniagaannya berkembang dua kali ganda pada waktu saya mengikuti kursus tersebut. Dan sekarang dia sudah maju bersama perniagaannya.  

Article ditulis oleh Dzulfariz bin Azman

Saya sahaja membawakan topic ni, supaya unit trust konsultan setiasa membawa suami dan isteri.mereka untuk mejayakan industri yang tersangatlah besarnya. Bagi yang baru berminat nak join sebagai unit trust konsultan, contact cekapsaham@yahoo.com

No comments:

Post a Comment