Friday 25 May 2012

Penemuan bukti bukan setiap ama itu bagus melabur.


Assalammualaikum.

Sedikit dari buku "Dua Kitaran Hayat Ekonomi dan gawat ....." saya sebagai penulis buku tersebut ingin menekankan perkara berikut.

Ekonomi diberkati hingga ia mencukupi untuk tiga tahun. Ini diceritakan di dalam Bible. 

25:20 Tetapi barangkali ada yang bertanya apa yang akan dimakan selama tahun ketujuh pada waktu tanah tidak ditanami dan hasilnya tidak dipungut.

25:21 Dalam tahun keenam TUHAN akan memberkati tanah sehingga hasilnya cukup untuk tiga tahun.


Ini adalah ekonomi pada tahun ke enam sabbath, yang mana satu sabbath bersamaan tujuh tahun. Tahun ke enam sabbath, akan jadi satu gelembung yang dikatakan cukup untuk tiga tahun. Apabila pecah ia akan berbalik turun 2/3 atau 66 peratus.

Ini dibuktikan dengan misal ekonomi kita pada tahap seratus mata. Setelah mempunyai gelembung ianya diberkati sehingga cukup untuk 3 tahun, bermaknya dalam keadaan ini, ekonomi mempunyai nilai 300 mata. Apabila gelembung pecah, dianggap tiada apa-apa pertumbuhan pada masa itu, ekonomi akan balik ke angka seratus mata. Bermakna ekonomi akan jatuh 2 daripada 3, atau 2/3 untuk balik ke angka 100.




Kita lihat kejatuhan pasaran saham pada 1998 di Malaysia, berapa peratus ianya jatuh? Melebihi 66% kejatuhan di pasaran saham Malaysia pada waktu itu. Saya sebagai remisier telah dapat merasai “circuit breaker” pada waktu itu yang direka untuk keadaan gawat.

Index Kuala Lumpur Stock Exchange masih belum ada pada waktu gawat tahun 1969 maka kita anggap ianya pada bernilai 100.00. Ini adalah index permulaan bagi Kuala Lumpur Stock Exchange(KLSE). Pada tahun 1998 index mencapai paras terendah pada 324 mata. Ia menjejakkan kaki ke paras tertinggi pada 27 December pada 1275 mata. Ini adalah penurunan sebanyak 951 mata.

Dari index permulaan 100 mata hingga ke index tertinggi sebanyak 1275 mata pada 27 dec 1993, kita telah naik sebanyak 1175. Sekiranya kita mengira sebanyak 66 peratus (dikira tiada pertumbuhan) , 1125 kali 66% , berjumlah 7472. Bermakna index kita pada masa itu telah turun lebih banyak dari 66 peratus.

Nanti saya tunjukkan untuk ekonomi di Amerika Syarikat pula.


No comments:

Post a Comment