Thursday 17 May 2012

Walaupun untuk jangkasa panjang tetap ada masanya tidak sesuai untuk melabur

Salam

"Dua Kitaran Hayat Ekonomi" buku yang bakal menceritakan ekonomi mempunyai dua jenis pasaran. Satu adalah pasaran yang melampau dan satu yang biasa. Keadaan yang baik melampau dan yang gawat melampau mengambil masa 14 tahun, iaitu 7 tahun sangat baik dan 7 tahun sangat gawat.

Ini diceritakan di dalam Al-Quran surah Yusuf ayat ...




(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk , dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". (Yusuf 12:46)



Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (Yusuf 12:47)
 



Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (Yusuf 12:48)

Dan pasaran yang kedua iaitu pasaran normal disebutkan di dalam Al-Quran surah Yusuf juga ayat berikutnya


"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)". (Yusuf 12:49)

Untuk Malaysia , selepas kemerdekaan, kita pernah merasai gawat yang melampau sekitar tahun 1969 (Felda & Felcra ditubuhkan) dan 1994 - 2000 (Malaysia buat kawalan modal tahun 1998)..Ini diceritakan akan berulang seperti dalam surah




Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi 18:7)



Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)


Terdapat banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan Bibble yang menunjukkan ekonomi kita mempunyai dua kitaran hayat yang mengambil masa 22 tahun hinnga 27 tahun. Ia menjangkakan ekonomi akan gawat sangat pada 2018-2019.

Bagi yang belum merasai gawat tagun 1998 seperti yang belum berkerja pada tahun 1998, saya ingin mengigatkan bahawa ekonomi ketika itu memang amat sukar dan genting sekali. Itulah masa yang index pasaran saham kita iaiti dikatakan turun hingga 76 peratus. Kalau RM100 kita labur ia akan tinggal RM 24 sahaja. Itulah Allah berfirman dengan maksudnya 



Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi 18:8)


No comments:

Post a Comment